"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Friday, December 24, 2010

Pakatan Pembangkang Amal Politik Sang Sapi

Kerajaan negeri pakatan pembangkang hari ini dibidas kerana mengamalkan pendekatan “lembu punya susu, sapi dapat nama” untuk mengaburi mata rakyat.


Namun bagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar percaya rakyat khususnya di negeri ini tidak mudah diperdayakan serta tahu menilai yang mana kaca dan yang mana intan.

“Saya rasa bangga dan ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh pakatan pembangkang kerana mendakwa, sepanjang tiga tahun pentadbiran mereka di Selangor, kehidupan pesawah padi dan nelayan semakin makmur dan berjaya.

“Namun dalam masa yang sama, mereka jangan menidakkan usaha keras dan sumbangan kerajaan pentadbiran BN untuk memakmurkan negeri selama ini”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Tegas beliau lagi ucapan Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Ushawan kerajaan Selangor, Yaakob Sapari ketika berucap di majlis perasmian Hari Pesawah Penternak dan Nelayan Negeri Selangor jelas tidak konsisten dengan apa yang dikatakan Menteri Besar,  Tan Sri Khalid Ibrahim dan ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim.

“Mereka sebelum ini mengeluarkan kenyataan berkenaan pesawah mengalami kerugian besar dan pengeluaran padi menurun tetapi ketika berucap di majlis tersebut, Yaakob Sapari mengumumkan pendapatan pesawah meningkat hingga RM500 sebulan dan pengeluaran padi meningkat dari 3 tan sehektar kepada 8 tan sehektar sejak pakatan pembangkang memerintah.

“Apa kena mengena peningkatan ini dengan kerajaan pakatan pembangkang?,”  ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau ingin mendapatkan penjelasan kerajaan negeri mengenai program dan berapa besar peruntukan yang diberi oleh kerajaan negeri untuk bantu pesawah di Barat Laut.

Ini  kerana kata beliau selama ini, apa yang kerajaan pakatan pembangkang tahu lakukan hanyalah mengkritik usaha kementerian dan membuat demonstrasi jalanan semata-mata.

“Saya ingin menjelaskan disini bahawa pihak yang membangunkan Barat Laut adalah agensi kementerian IADA. Usaha ini telah dilakukan bertahun lamanya.

“Rakyat harus faham dan jangan terpedaya dengan pakatan pembangkang yang mengamalkan politik Sang Sapi….lembu punya susu sapi yang dapat nama,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor seterusnya menyoal apakah kerajaan Selangor membantu golongan petani, penternak dan nelayan?

Noh memberikan dua contoh layanan “mesra” kerajaan negeri Selangor selama ini.

“Pertama ialah peserta Taman Kekal Pertanian Untuk Makanan (TKPM) di Ulu Yam Selangor. Projek TKPM ini segala kemudahan infra seperti jalan kebun dibantu oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri hanya menyediakan tapak tanah untuk projek tersebut.

“Malangnya kerajaan negeri telah menaikkan sewa tanah atau peserta diberi pilihan membeli tanah berkenaan dengan harga pasaran industri. Sudah tentu petani tak mampu untuk membeli tanah tersebut dengan harga yang ditawarkan.

“Di sini kita dapat lihat salah satu cara halus untuk menghalau golongan petani terlibat yang telah memberikan sumbangan besar kepada sektor pertanian negara khususnya di negeri Selangor. Saya difahamkan 80 peratus bekalan sayuran di lembah kelang hasil daripada TKPM Hulu Yam”, ujarnya.

Contoh kedua kata beliau lagi ialah petani di Bukit Kemandol, Banting yang berasa teraniaya dengan tindakan kerajaan negeri yang mengambil semula tanah yang telah bertahun tahun mereka usahakan dengan pelbagai jenis tanaman sayuran dan buah-buahan.

“Projek-projek TKPM dan AGROTEK di Selangor umpama hidup segan mati tak mahu kerana kerajaan negeri tidak ambil peduli langsung dengan pembangunan pertani di sini,” katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment