Ramai orang yang bertanya, apakah kepentingan logo yang sebenarnya terutamanya di kalangan para peniaga
Jawapannya mudah saja. Kebanyakan usahawan yang berjaya diseluruh dunia kebiasaannya mencipta logo untuk sesuatu produk.
Kepentingan logo ialah untuk melambangkan kerja yang professional dan  logo juga merupakan cara usahawan untuk berkomunikasi dengan pelanggan.
Tahukah anda, logo juga merupakan bentuk komunikasi di dalam bentuk visual.
Ia secara tidak langsung ini akan memberi kepastian dan keyakinan kepada pelanggan.
Tidak hairanlah jika kebanyakkan usahawan di dunia ini mencipta logo  untuk sesuatu produk dan mencecah jualan produk berjuta-juta unit.
Satu lagi kelebihan logo ialah pelanggan akan mudah mengingati produk kita.
Contohnya bila saya sebut Mc Donald’s,Coca Cola,Pepsi dan sebagainya anda pasti akan terbayang logonya.
Justeru saya cukup tak faham apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR)  Selangor  mengeluarkan arahan yang melarang penggunaan logo 1Malaysia  pada kain rentang dan papan iklan di negeri  tersebut.
Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Abdul Razak Jaafar  berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan kepada semua pihak berkuasa  tempatan (PBT) di negeri ini.
"Keputusan telah dibuat pada mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 28 September lalu dan dikuatkuasa baru-baru ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sekumpulan orang ramai  yang mengadakan perhimpunan aman kerana membantah tindakan MDKL  mengarahkan sebuah premis serbaneka 24 jam menanggalkan logo 1Malaysia  pada papan tanda perniagaannya.
Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 10.30 pagi itu diketuai  pemilik premis berkenaan, K. Thiyagarajan dan turut dihadiri Pemuda MIC  Selangor, Pemuda UMNO Kuala Langat dan UMNO Bahagian Kuala Langat.
Mereka membawa sepanduk antaranya tertulis 'Pakatan Rakyat Tindas  Peniaga Demi Kepentingan Politik' dan 'MDKL, Ahli Majlis Larang Simbol  1Malaysia di Kuala Langat'.
Persoalannya, apa salah dan dosanya jika para peniaga hendak menggunakan logo 1Malaysia?
Untuk rekod, logo 1Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk  mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan  negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Logo 1Malaysia itu juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling  bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi  untuk membina satu negara bangsa.
Pendek kata, ia bukan satu logo yang bermotifkan politik.
Logo 1Malaysia milik kita semua!
Ia tiada langsung mengandungi ciri-ciri kepartian, baik unsur UMNO atau pun BN.
Janganlah kerana marahkan nyamuk, kelambu pula nak dibakar
Dalam hal ini, janganlah kerana benci kepada UMNO dan BN, logo 1Malaysia pula yang menjadi mangsa.
Pendek sungguh akal pemimpin politik PKR Selangor ini
Baru pegang setahun dua negeri Selangor, semua benda jadi haru-biru dan tunggang terbalik
Hinggakan logo 1Malaysia pun boleh  kecoh satu Malaysia dibuatnya. - Malaysia Instinct
"Kemenangan  di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita    bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang,    kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang    dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di  Hulu Selangor.
Thursday, December 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Aku Yang Gambi
(1)
Amerika Syarikat
(1)
Anuar Shaari
(1)
Anwar Ibrahim
(15)
Anwar Ibrahim Seks
(1)
Badrul Amin
(1)
bapa setan
(1)
BERSIH 2.0
(1)
BERSIH2
(3)
DAP
(3)
Dr Asri
(1)
email 1Malaysia
(1)
Fuziah99
(1)
Israel
(1)
Kerajaan Selangor
(2)
khalwat
(1)
Khutbah
(1)
kuantan
(1)
Leftenan Kolonel Azmi
(1)
Liwat
(1)
Lynas
(1)
MISMAH
(1)
MP Kuantan
(1)
Namewee
(1)
PAS
(2)
PAS Sesat
(1)
PKR
(2)
PR
(1)
PTPTN
(1)
Raja Melayu
(1)
Saiful
(1)
senator US
(1)
Tan Sri Yahya Ahmad
(1)
Video Seks
(1)
Video Seks Anwar
(3)
Yahudi
(1)
Zulkifli Noordin
(1)

 
No comments:
Post a Comment