"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Friday, October 22, 2010

Batu Sapi: Rundingan PKR & SAPP Gagal! Anwar Tak Hadir...

Pilihan raya kecil Batu Sapi yang akan diadakan pada 4 November depan dijangka tetap menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PBS-BN, PKR-PR dan SAPP. 

Namun begitu, turut dijangkakan ramai calon yang akan meletakkan calon Bebas untuk bertanding. Setakat ini, sebanyak 20 borang pencalonan sudah diambil di pejabat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) di Kota Kinabalu.
 
Manakala usaha bagi mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti pembangkang iaitu PKR dan SAPP petang tadi telah menemui jalan buntu. 


Thursday, October 7, 2010

Tangan Ghaib Dibelakang Rahimi Sebenarnya Dari Dalam PKR…

Pelik bin ajaib! Kenapa calon untuk jawatan Timbalan Presiden PKR, Zaid Ibrahim mendesak pihak berkuasa menyiasat aduan yang dibuat oleh Rahimi Osman? (baca sini)

Latheefa Koya dan Saiful Izham sememangnya orang kuat Anwar dan Azmin. Terbaliklah PKR kali ini...

Sedangkan pemimpin PKR lainnya mengutuk dan menuduh aduan Rahimi sebagai fitnah, Zaid pula memberikan pendapat yang bertentangan dengan rakan-rakannya didalam PKR. Ini yang buat Spy terkejut dengan kenyataan Zaid.

Kenapa Zaid tidak bertindak mempertahankan Latheefa Koya yang dikatakan memaksa Rahimi membuat akuan bersumpah didalam kes liwat Anwar?

Apakah Zaid mempunyai masalah dengan Ketua Penerangan PKR tersebut?

Spy nak maklumkan pada semua, Latheefa Koya ialah orang kuat Azmin Ali. Dan R Suresh Kumar yang mengepalai samseng-samseng untuk membuat kacau di sidang media Rahimi kelmarin, juga adalah merupakan orang kepercayaan Azmin dan Anwar.

Jadi, tak pelik lah jika Zaid begitu “suka” kalau Latheefa disiasat berkenaan aduan yang dibuat oleh Rahimi. Orang tua-tua kata, dalam politik ni, kalau nak jatuhkan seseorang, jatuhkan orang sekelilingnya dulu.

Perlu diingat, Zaid telah memberi bai’ah kesetiaannya kepada Wan Azizah dan juga Nurul. Kak Wan dan anak perempuannya itu pula tak merestui Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR.

Mungkinkah semua kemelut didalam isu Rahimi ini berpunca dari perebutan kuasa didalam PKR sendiri?

Spy tengok, ramai pengikut Pakatan yang menuduh bahawa Rahimi diupah oleh UMNO dan juga dirasuah oleh pihak kerajaan. Tetapi, bagaimana kalau ada “orang dalam” PKR sendiri yang menjadi dalang disebalik pengakuan dan aduan yang dibuatnya kepada pihak Polis?

Spy lebih cenderung mengatakan bahawa tindakan Rahimi ini ada berhubung kait dengan pergolakan didalam pemilihan serta kemelut kuasa didalam PKR sendiri.

Dan Spy tak menolak kemungkinan bahawa ada tangan ghaib disebalik pengakuan Rahimi seperti yang dikatakan oleh Naib Presiden PKR R Sivarasa semasa sidang medianya bersama Latheefa Koya tengah hari tadi.

Dan tangan ghaib tersebut ialah dari PKR, bukannya pihak luar!

Sumber : MYKMU

Tuesday, October 5, 2010

Siapa Kata Azmin Popular?

Jumlah kehadiran anggota yang kecil dalam mesyuarat pemilihan PKR Cabang Gombak di sebuah hotel di Ampang Ahad lalu mencetuskan keraguan mengenai populariti ketua cabang dan naib presiden parti, Azmin Ali.

Hanya 401 ahli atau 5.47 peratus dari jumlah 7,300 anggota cabang itu yang datang mengundi sedangkan Gombak merupakan kubu kuat PKR yang dipimpin Azmin sejak 12 tahun lalu.


Malah semasa mesyuarat cabang hanya 101 yang hadir sehingga ada ahli yang mahu keadaan itu diatasi segera.

Bagaimanpun, kehadiran jumlah pengundi yang terlalu kecil menimbulkan spekulasi mengenai sokongan ahli PKR Gombak terhadap Azmin.

Kemampuan pencabarnya, Bakar Ninggal menawan 60 undi menunjukkan bukan semua anggota di cabang itu menyokong Azmin.

Bagaimanapun, Azmin mendapat 333 undi dan beliau menang dengan majoriti 273 undi.

Azmin yang akan bertanding jawatan timbalan presiden menghadapi saingan sengit dari Ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim dan seorang lagi calon, Mustaffa Kamil Ayub, ketua PKR Perak.
Bukti dah ada...dewan tempat berlangsungnya mesyuarat PKR Gombak pun boleh kosong. Ertinya, di Cabang sendiri pun Azmin memang tidak popular dan tidak disukai ahli-ahli PKR...pi mampuih la hang Azmin!

Beberapa perwakilan yang ditemui berkata, mereka terkejut dengan jumlah kehadiran yang terlalu kecil sedangkan Gombak mendapat liputan meluas dari media masa.

Gambaran negatif
 
Seorang penyokong Azmin yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu, keadaan ini memberi gambaran negatif kepada Azmin dalam pertandingan timbalan presiden.

"Kalau di kawasan sendiri, hanya 400 orang yang datang bagaimana hendak mengharapkan undi di cabang lain.

"Saya bimbang apabila di adakan pemilihan jawatan timbalan presiden 21 November nanti, undi yang diperolehi Zaid lebih banyak dari Azmin.

"Saya bimbang undi senyap dari cabang ini. Orang kata kubu kuat Azmin tetapi ia tidak menggambarkan keadaan sebenar," katanya.

Seorang perwakilan pula memberitahu, ini bermakna ramai ahli yang sudah tidak menghiraukan parti dan kepimpinannya.

"Adakah mereka tidak suka kepada kepimpinan Azmin? Tetapi Azmin perlu melakukan sesuatu supaya PKR kekal menjadi parti terbaik," kata perwakilan dari Kampung Wira Damai, Gombak.

Rakannya pula menjelaskan, sebahagian yang hadir pada mesyuarat itu adalah rakan-rakannya terutama dari Hulu Kelang yang diwakili Azmin.

Katanya, sedikit sahaja ahli parti dari Batu Caves dan Gombak Setia yang datang mengundi sedangkan ia juga terletak di parlimen Gombak yang diwakili Azmin.

Sumber : FMT

Haram Jadah Punya Azmin Ali!!!

Aku memang bengang dengan Azmin anak Pak Ali ni. Memang kurang ajar dan tak sedar diuntung.
Memang tak ada misai...!!!

Membahasakan Tun Mahathir sebagai 'tersungkur' dan 'lunak'...memang celaka Azmin ni.


Untuk makluman semua, aku akan buat pembongkaran BESAR perihal hubungan Anwar-Azmin. Walaupun, aku belum cerita tapi aku rasa rakyat dah boleh agak lebih kurang dah...kenapa Azmin begitu istimewa kepada Anwar.


Aku bagi bayangan dulu...dan rakyat kena faham yang Azmin juga adalah abang kepada celebriti TV yang dia (Azmin) pernah kecam. Ertinya, darah mereka sama...apakah perangai pun sama?
Geramnya mak tengok nya...!!!

Pastinya ada sesuatu yang istimewa kat Azmin yang Anwar suka...atau mungkin ada perkara yang Azmin 'bantu' dan Anwar betul-betul suka...???


Biarlah ini jadi tandatanya dulu kerana aku pasti akan bocorkan betapa 'istimewanya' hubungan Azmin-Anwar....tungguuuuuuu!!!!

Saturday, October 2, 2010

SAIFUDDIN NASUTION PEMBOHONG BESAR !

Saifuddin Nasution perlu membuktikan tuduhannya dengan secepat mungkin bahawa UMNO adalah dalang terbesar berlakunya kekecohan pemilihan parti PKR baru baru ini.

Ahli politik licik yang telah dua kali menjadi ahli parti PAS (masih lagi menjadi ahli PAS? tiada bukti beliau keluar dari PAS) dan kini Setiausaha Agung PKR mendakwa UMNO adalah pihak ketiga bertanggungjawab mengucar kacirkan parti tersebut.

GWM sempat meneliti blog blog pembangkang yang berhempas pula cuba meyakinkan rakyat dan para juak bahawasanya Saifuddin Nasution adalah seorang politician yang bercakap benar.



UMNO DALANG SEBENAR?

Mohd Sayuti Omar (MSO) percaya ahli Parlimen Machang ini melontarkan tuduhan berdasarkan hujah dan fakta. MSO juga tampak yakin Saifuddin Nasution akan mendedahkan segala bukti apabila tiba waktunya.

Dalam blog beliau, MSO juga mendedahkan ada dalang UMNO telah menyelinap masuk ke sebuah cabang PKR di Kelantan untuk bertanding bagi jawatan ketua. Namun tidak pula disebut cabang PKR bahagian mana dan siapa dalang UMNO tersebut.

Begitulah sikap penulis satira politik pro pembangkang yang hanya mendedahkan ada maklumat tersebar kononnya UMNO memang dalang disebalik kekecohan Pemilihan PKR 2010.

Malangnya maklumat tinggal maklumat. Maklumat yang disampaikan hanya tergantung tidak bertali tanpa apa apa bukti.

Mengapa perlu tunggu sehingga seminggu kemudian barulah didedahkan dalang tersebut. Bukankah bukti ini cukup kritikal untuk disampaikan kepada rakyat secepat mungkin. Bukti inilah yang akan menyelamatkan keadaan haru biru Pemilihan PKR 2010.

Ini kerana juak juak ini tidak mempunyai sebarang bukti sahih untuk diketengahkan. Segala galanya adalah word spinning dan merry go round. Ini bukan soalan ramalan SPM untuk dikongsi bersama rakyat bila tiba waktu peperiksaan kelak.

Baik Saifuddin Nasution mahupun Mohd Sayuti Omar, kedua duanya sama seperti Kisah Hikayat Anwar Ibrahim Bersama 6 Kotak Rasuah Pemimpin UMNO. Sama juga seperti Hikayat Dongeng 16 September, Menuju ke Puncak Putrajaya!
Rakyat perlu melihat bukti untuk mempercayai dakwaan sama ada berasas ataupun ianya suatu tuduhan liar untuk menutup lubang kelemahan parti.

Hari ni ditakdirkan Allah, Mustafa Kamil Ayub membuat kenyataan yang menempelak Saifuddin...baca sini


TEMBERANG DAN TEMBELANG SEMAKIN TERDEDAHBelum sempat sejuk acara baling kerusi, meja dan aksi bertumbuk mahupun ala street fighting pada Pemilihan PKR 2010, satu lagi aib besar didedahkan dalam Utusan Malaysia 30 September 2010.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR, Ng Lum Yong mendedahkan rakaman perbualan telefon antara Ramlan Abu Bakar (Presiden REFORMIS) bersama salah seorang high profile politician yang tidak dikenali kepada wartawan yang hadir pada sidang akhbar beliau.

Rakaman tersebut jelas mendedahkan rasuah tapak perniagaan kepada REFORMIS sekiranya berjaya menjahanamkan karier politik Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Ramlan juga turut membenarkan dakwaan Azmin Ali telah menawarkan rasuah tersebut kepada REFORMIS. Beliau turut mendedahkan Azmin Ali sebagai ahli politik licik yang pintar memanipulasi sebarang keadaan untuk mengejar jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

GWM pernah mengeluarkan satu artikel pada 21 Jun 2010 (ZAID IBRAHIM BAKAL KETUA UMUM PAKATAN, perenggan 5) bagaimana Azmin Ali sudah menyusun soldadu soldadunya untuk membunuh watak dan karier politik Khalid Ibrahim secepat mungkin. Wahid perjuangan Azmin Ali hanyalah bertunjangkan jawatan Menteri Besar Selangor.

Apa perlu dan manfaat kedua dua individu ini mendedahkan keburukan Azmin Ali dan parti PKR. Adakah kedua duanya juga turut menuntut supaya satu habuan yang lebih besar diberikan kepada mereka. GWM cukup yakin Ng Lum Yong dan Ramlan Abu Bakar sudah muak dengan segala tipu muslihat dan khianat Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.


PKR ADALAH PARTI KRONISME DAN NEPOTISMEGWM dapat mengagak bagaimana sukarnya Saifuddin Nasution untuk menterbalikkan cerita sebenar pergolakan parti PKR dan sepak terajang Anwar Ibrahim bersama Azmin Ali. Habis tunggang langgang sebuah parti dilakukan oleh kedua dua musibat ini.

Maka tepatlah jawatan Setiausaha Agung PKR yang diberikan oleh Anwar Ibrahim kepada beliau sebagai pakar spin kepada setiap hujah beliau, bukannya berdasarkan fakta dan bukti.

Rakyat semakin sedar dan nampak dengan gelagat anak beranak Anwar & Co bersama Azmin Ali yang bertungkus lumus mempertahankan juak masing masing di dalam PKR.

Saifuddin Nasution digesa untuk mengeluarkan dan mendedahkan setiap bukti dengan terperinci dakwaan beliau yang UMNO adalah dalang terbesar pergolakan Parti Kencing Rakyat ini.

Atau beliau lebih suka dikenali sebagai PENIPU BESAR RAKYAT kerana terlalu mempertahankan bos beliau yang sudah semakin tertekan dan terdesak dengan kemerosotan sokongan dan pengaruh di dalam parti.

Amat memalukan jika seorang yang Ahli Parlimen yang digelar penghujah terbaik berdasarkan bukti dan fakta mengambil langkah untuk menipu dan menjadi munafiq, seperti Ketua Umumnya.

sumber rujukan :

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/27/mstar_berita/20100927122919&sec=mstar_berita
http://msomelayu.blogspot.com/2010/09/susupan-pagi_29.html

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
 
http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010/06/zaid-ibrahim-bakal-ketua-umum-pakatan.html

http://www.flowersofnation.my/index.php/politik/11104-umno-tidak-terlibat-dalam-kekecohan-mesyuarat-cabang-pkr-mustafa-kamil

Sumber : Rakan Blogger Gelombang Wangsa Maju