|  | 
| Zulkifli Noordin. (Klik imej untuk ke artikel asal) | 
“Saya nak tanya, setuju atau tidak, seperti Tun (Dr Mahathir) kata 
Permatang Pauh (Anwar Ibrahim) ini, dia ada ‘selective amnesia’ 
(sebahagian memoir hilang dalam ingatan/pelupa)..dan ini kita panggil 
politik dua alam..politik putar belit”, kata YB Datuk Zulkifli Noordin, 
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu.
Zulkifli merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang 
menegaskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang 
ingin dimansuhkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditubuhkan pada 1997 
ketika ketua pembangkang itu masih lagi Timbalan Perdana Menteri dan 
Menteri Kewangan.
Bekas Perdana Menteri berkata, Anwar sendiri tidak tahu apa yang 
difikirkannya dan terlupa kerana ketika itu beliau adalah timbalannya 
dan pernah memangku jawatan Perdana Menteri pada 1997.
Ketika Zulkifli sedang berucap itu, ahli Parlimen PKR, Yusmadi Yusof 
dari Balik Pulau cuba mencelah, namun dibidas keras ahli Parlimen Kulim 
Bandar Baharu itu.
“Bila..bila ‘jambu’ kena..dia ada sikit masalah..’jambu’ ni bila dia 
kena…nak tanya ‘jambu’ kena tahan ISA sampai dua kali,” kata Zulkifli 
kepada Yusmadi.
Sumber asal : AIDC 
 
No comments:
Post a Comment