|  | 
| Klik untuk ke article asal. | 
18 pucuk surat-surat yang dihantar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim 
kepada kepada ahli Senator, Kongres, dan Ketua-Ketua yayasan strategik 
berkaitan demokrasi dan pilihan raya di Amerika Syarikat (AS) adalah 
bukti Ketua Umum PKR itu meminta pihak asing untuk campur tangan dalam 
sistem pilihanraya Malaysia, kata Anuar Shaari.
Anuar yang juga bekas Setiausaha Sulit Anwar berkata jika pilihanraya
 Malaysia tidak telus mana mungkin pembangkang mendapat jumlah kerusi 
yang banyak di parlimen dan menguasai beberapa negeri tertentu di negara
 ini.
“Ini satu fitnah untuk memburuk-buruk pemimpin dan negara di kaca 
mata dunia. Dia menuduh Malaysia mengamalkan pemerintah ‘autoritarian’, 
padahal dia bebas berceramah dan keluar negara memburuk-buruk negara.
“Dalam negara, dalam partinya, apakah dia pengamal demokrasi tulin, 
sedangkan ahli yang tidak setuju dengan polisinya akan dipecat”, 
katanya.
Lobi-lobi Anwar
Anuar ketika dihubungi berkata lobi-lobi Anwar kepada pihak luar sudah bermula sejak beliau dipecat dari UMNO pada tahun 1998.
“Itu stail dia. Sebelum ini sudah ada surat menyurat dihantar kepada 
kenalannya di luar negara selepas dipecat dari UMNO pada tahun 1998.
“Dia tulis secara prejudis, menceritakan pemecatannya kerana faktor 
politik, tetapi tidak menceritakan kes moral yang sedang dihadapinya.
“Dia beri gambaran negatif supaya pihak asing akan bersangka buruk kepada Malaysia”, katanya.
Ketika ditanya, kenapakah perlu Ketua Umum PKR menghantar surat-surat
 ke luar negara, Anuar berkata, “untuk menagih simpati pihak asing, 
membantunya di Malaysia..mungkin bantuan kepakaran atau dana”.
Kenal Pasti Individu
Menurutnya lagi, Anwar telah mengenalpasti individu-individu tertentu
 untuk dihantar surat dan bermungkinan individu itu dikenali melalui 
rangkaian Paul Wolfowitz, bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS dan 
Carl Gershaman, Presiden NED (National Endowment for Democracy) sudah 
lama dikenali.
“Dia telah kenal pasti kepada siapa surat itu perlu dihantar. Mungkin
 individu-individu itu sudah mempunyai rekod tidak senang dengan 
Malaysia, jadi dia berpenanan menambahkan ‘minyak dalam api’.
“Mungkin, Paul Wolfowitz dan Carl Gershman buka jalan untuk Anwar 
mengenali individu-individu tertentu kerana hubungan Anwar dengan dua 
tokoh Yahudi itu sudah lama terjalin”, katanya.
Anuar diminta mengulas pendedahan laman ini yang membongkar 18 pucuk 
surat-surat ditandatangani oleh Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Parti 
Keadilan Rakyat  dihantar pada 7 Mei 2007, 31 Mei 2007 dan 25 Julai 
2007.
Surat bertarikh 7 Mei 2007 dihantar kepada dua Senator, iaitu Senator
 Thomas Craig dan Senator Susan Collins serta dua ketua yayasan iaitu 
Mr. Vidar Helgesen, Setiausaha Umum International Institute for Democracy and Electoral Assistance (International IDEA) dan Richard W. Soudrìette, Presiden dan Pengarah Urusan International Foundation for Electoral Systems (IFES).
Menurut laman palgrave-journals.com, IDEA, IFES adalah badan-badan yang diistilahkan ‘key democracy‘ sebaris dengan National Endowment for Democracy (NED), Freedom House (FH), United States Agency for International Development (USAID), Transparency International (TI) dan United Nations Development Program (UNDP).
Laman rightweb menyebut IFES menerima dana daripada NED untuk melaksanakan operasinya.
Rangkaian Demokrasi Dunia
Malah laman pinkindustry.wordpress.com
 menyediakan carta yang menunjukkan peranan dan rangkaian NED yang 
berhubung kait dengan George Soros dan rangkaian-rangkaian lain.
 
Thank you for every other magnificent post. Where else could anybody get that type of info in such an
ReplyDeleteideal method of writing? I've a presentation next week, and I'm at the search for such info.
my website acheter des followers
My webpage > acheter tweet