Plot  drama terbaru Anwar Ibrahim sudah bermula. Kisahnya sama, cuma  cara  sahaja yang berbeza. Jika dahulu beliau menuduh kononnya terdapat   konspirasi untuk membunuhnya dengan menggunakan racun arsenik, kini,   lain pula kisahnya. 
Plot cerita tiada banyak yang berubah, iaitu   terdapat konspirasi licik yang cuba membunuh "Anugerah Tuhan" ini, dan   pada kali ini modus operandinya adalah dengan merosakkan sistem brek  kereta yang sering dinaiki  Anwar pula, (Baca di sini). 
Yang peliknya, setiap kali ada cubaan untuk membunuh Anwar Ibrahim -   beliau pasti akan selamat, seolah-olah Anwar sudah mengetahuinya lebih   awal perancangan tersebut - bahkan yang lebih menghairankan, kisah   cubaan untuk membunuh Anwar sering dilakukan pada saat beliau   benar-benar memerlukan simpati dan belas kasihan daripada orang ramai. 
Pada ketika ini - semua orang tahu, Anwar Ibrahim semakin kehilangan   sokongan masyarakat,  khususnya dalam kalangan orang Melayu, mahu atau   pun tidak, Anwar terpaksa "mencipta" isu baharu yang boleh mengembalikan   simpati masyarakat kepadanya. 
Maka, cara mudah untuk meraih kembali    sokongan rakyat kepadanya,  adalah dengan mendakwa, kononnya terdapat   usaha untuk membunuhnya.
Cerita bohong lagi menipu ini rupa-rupanya masih dipercayai oleh sebahagian kecil para pemuja Anwar. Walaupun golongan ini tahu, cerita rekaan pemandu Anwar Ibrahim ini adalah sama sahaja dengan plot filem-filem aksi dari Amerika Syarikat, namun mereka tetap membutakan hati dan memekakkan telinga, kononnya ia adalah kisah benar lagi serius.

Oleh sebab terlalu banyak "ulat bulu"  yang  bersarang di dalam otak para pemuja Anwar Ibrahim, maka segala  cerita  bohong dan tidak logik seperti ini ditelan bulat-bulat oleh para  pemuja  tegarnya. 
Kalau sekali pun pihak kerajaan "teringin" sangat  untuk  membunuh Anwar Ibrahim, tidak perlu lah pihak kerajaan bersusah  payah untuk  merosakkan brek kereta beliau, banyak lagi cara  untuk  menamatkan  riwayat hidup Anwar Ibrahim. Kaedah merosakkan sistem brek  kereta untuk membunuh seseorang sudah ketinggalan zaman dan tidak  digunakan lagi pada zaman ini.
Malulah pihak kerajaan yang mempunyai pelbagai kelengkapan dan kepakaran, tetapi hanya mampu "menanggalkan skru brek kereta Anwar Ibrahim sahaja" untuk membunuhnya.
Malulah pihak kerajaan yang mempunyai pelbagai kelengkapan dan kepakaran, tetapi hanya mampu "menanggalkan skru brek kereta Anwar Ibrahim sahaja" untuk membunuhnya.
Fikirlah menggunakan  otak dan bukan kepala lutut, punyalah hebat polis  dan tentera yang ada  di Malaysia ini, tak akan itu cara terbaik untuk  membunuh Anwar Ibrahim -  bodohlah kerajaan UMNO yang serba hebat ini,  kalau itu idea yang  digunakan. 
Jadi, lain kali Anwar diminta buatlah  plot filem yang lebih  mencabar minda para pemujanya, jangan sampai plan  "terkantoi" seperti  mana terkantoinya video seks beliau. Wallahualam.
Sumber : AZLI SHUKRI 
 
No comments:
Post a Comment