"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Friday, November 4, 2011

Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia


Satu program yang dinamakan 'Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia' akan diadakah sehari pada 20hb. November, 2011 bermula jam 8.30 pagi bertempat di PWTC.

Program ini adalah anjuran bersama beberapa badan bebas (NGO) yang aktif sebagai pengamal media sosial antaranya; 1Agenda (Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia) MyKMU.Net, PahangKu dan lain-lain.


Tujuannya adalah untuk menggabungkan kesemua pengamal media sosial negara dibawah satu pertubuhan kelab yang akan dilancarkan pada hari berkenaan oleh Perdana Menteri dengan nama 'Sukarelawan Media Sosial 1 Malaysia' singkatannya 'myVO1CE'

Konvensyen ini mensasarkan sejumlah 1000 orang peserta yang terus akan menjadi ahlinya pada hari berkenaan. Peserta akan dibekalkan T-Shirt berkolar serta sebuah bag galas. Makan minum semasa konvesyen disediakan.

Cabutan nombor bertuah menyediakan sejumlah hadiah-hadiah berupa; I-Pad, I-Phone, Blackberry Bold 4 dan lain-lain lagi, semuanya adalah hasil sumbangan beberapa buah syarikat yang menyokong usaha ini.

Antara tokoh dan selebriti yang dijangka hadir adalah; Sayed Munawar Sayed Mustar, Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian, Sdr. Tony Yew, Sdr. Norizan Shariff, Sdr. Azri Nizam, Sdr. Sassi The Don, Sdri. Azma Dahari, Sdri. Lisa Surihani.

No comments:

Post a Comment