Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan meminta kerajaan memberikan imuniti kepada beberapa pihak yang didakwa boleh menjadi saksi terhadap aktiviti penggubahan wang haram membabitkan seorang pemimpin pembangkang.
Beliau berkata imuniti itu bagi membolehkan saksi terbabit tampil mendedahkan kebenaran tentang pemimpin berkenaan tanpa rasa takut berhubung keselamatan mereka."Jika itu boleh dilaksanakan, saya bersedia menjadi orang tengah antara pihak berkuasa dengan saksi-saksi terlibat. Saya percaya kerajaan tiada masalah untuk berbuat demikian kerana mereka juga pasti tahu kegiatannya," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Khamis.
Banglo mewah Anwar...berjuta ringgit. Perbelanjaan hari, letrik bulanan...kenapa tak pertikaikan. Dari mana Anwar dapat duit sebanyak ini untuk kehidupan sedangkan elaunnya bersama Kerajaan Selangor hanyalah RM1...fikirkanlah! |
Gobalakrishnan berkata demikian pada sidang akhbar mengenai penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Kebajikan Dan Perpaduan Masyarakat Malaysia (Perkemas) yang dipengerusikannya.
Sementara itu, beliau mengingatkan masyarakat agar tidak terus dipergunakan pemimpin pembangkang tertentu bagi memenuhi agenda peribadinya dengan menyertai perhimpunan haram yang dijadual berlangsung 9 Julai depan.
"Saya 12 tahun berjuang di jalanan, tetapi akhirnya sedar ia tidak membawa apa-apa kebaikan.
"Kalau pilihan raya negara ini tidak adil, saya tidak akan menang dengan majoriti lebih 11,000 di Padang Serai, dan (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) juga tidak akan berada di Parlimen hari ini," katanya.
Mengenai Perkemas, Gobalakrishnan berkata penubuhan NGO itu bertujuan menyediakan platfom bagi menyelesaikan masalah masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik.
"Saya percaya dan yakin Perkemas akan membawa kepada satu perubahan positif dalam pendekatan membantu pembangunan masyarakat.
"Kesejahteraan yang kita idamkan hanya boleh dikecapi jika kita mula menolak perbezaan dan berganding bahu dalam segala inisiatif demi kepentingan masyarakat," katanya. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment