"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Monday, June 20, 2011

Ada Apa Pada BERSIH 2.0 Yang Menjadi Ikutan Pemuda UMNO?

Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai depan sebagai satu himpunan kotor dan menyusahkan rakyat. Selain menjejaskan pendapatan penjaja dan peniaga kedai. Perhimpunan itu juga akan merugikan kira-kira 13,000 pemandu teksi sekitar kota raya beroperasi seperti biasa. Ia turut membawa imej kepada negara luar seolah-olah Malaysia tidak aman sekaligus menakutkan pelancong asing.
Perhimpunan ‘Walk For Democracy’ yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil itu nanti mahu menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka menuntut satu pilihan raya yang adil, antaranya mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh berkempen 21 hari, dan mahu menghentikan amalan politik rasuah.
Tanggapan perhimpunan Bersih itu nanti menjadi satu signifikan kepada gelombang kebangkitan rakyat seperti yang berlaku dibeberapa buah negara Timur Tengah termasuk Tunisia dan Mesir adalah meleset sama sekali. Dulu PR kata Umno amalkan politik ‘Machiavelli’ (matlamat menghalalkan cara) tapi kini mereka pula yang amalkan cara sedemikian, menggunakan rakyat untuk kepentingan politik
 Himpunan Bersih 2.0 berniat jahat dan mempunyai niat kotor untuk mencemarkan demokrasi Malaysia kononnya pembangkang ditindas biarpun pada pilihan raya umum 2008 Barisan Nasional (BN) di landa tsunami politik.
Malahan pada pilihan raya umum lepas BN tidak mendapat dua pertiga majoriti di Parlimen dan ia adalah bukti perhimpunan Bersih 2.0 mempunyai agenda "kotor" kononnya untuk membaiki sistem pilihan raya di negara ini. Itu tidak mencerminkan kebenaran sebenar kerana pada pilihan raya umum lepas pembangkang sendiri pun terkejut apabila lima negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Kelantan menjadi milik mereka dan menyebabkan BN hanya memperoleh majoriti mudah di Parlimen. Jika sistem pilihan raya di negara ini tidak demokratrik mana mungkin pembangkang boleh memenangi di lima negeri itu. Malah di Kelantan pun Pas sudah menguasainya selama 21 tahun.
Ini menunjukkan ketelusan sebenar sistem demokrasi tetapi pembangkang cuba memburukkan negara di mata dunia melalui media kononnya negara ini tidak demokrasi dan pembangkang ditindas. Sedangkan mereka kini menguasai empat negeri.
Pada hari yang sama, Pemuda Umno juga akan mengadakan perhimpunan dan berarak bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyokong sistem demokrasi serta peranan dan pembaharuan yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pemuda tidak akan berdemo kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan. Biar pihak berkuasa saja uruskan peserta demo
Pemuda Umno memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan BERSIH di ibunegara pada 9 Julai depan. Ianya adalah perhimpunan yang konstruktif dan bukannya destruktif.

No comments:

Post a Comment