"Kemenangan di Hulu Selangor ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” PM selepas pengumuman kemenangan BN di Hulu Selangor.

Friday, April 30, 2010

Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, sertai Umno

ANDA BAIK: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, menyerahkan borang ahli untuk menyertai Umno selepas enam bulan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Adun Bebas.

ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, menyerahkan borang ahli kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, sambil disaksikan Ahli Majlis Tertinggi lain selepas mesyuarat majlis itu di Institut Latihan dan Memperkasa Umno di janda Baik hari ini. - Foto Umno Online 

Thursday, April 29, 2010

Jangan datang ke Selangor jika enggan patuhi - Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah larangan penggunaan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat untuk berpolitik adalah bertujuan untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat umat Islam.

Baginda bertitah, sekiranya seseorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang ditetapkan di Selangor ini, mereka perlu mengelakkan diri daripada datang ke Selangor.


Titah baginda, ini adalah kerana masjid dan surau adalah tempat umat Islam berkumpul bagi melakukan amal ibadat di samping mengeratkan silaturahim sesama mereka.

Justeru, titah baginda, walaupun tiada halangan bagi rakyat dari negeri lain datang ke Selangor untuk bermastautin atau mencari rezeki, mereka perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di Selangor.

"Di sini, Beta ingin mengambil kesempatan untuk memberi penjelasan terhadap titah Beta supaya tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik kerana ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah Beta itu dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.

"Sekiranya masjid dan surau dibiarkan untuk digunakan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemar kesucian masjid seperti caci-mencaci, fitnah-memfitnah, tohmahan yang tidak berasas, memburukkan keperibadian seseorang dan sebagainya," titah Baginda.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, di sini, pagi ini.

Isnin lalu, Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mempertahankan kenyataannya semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor minggu lalu bahawa isu politik boleh dibincangkan dalam masjid yang menjadi institusi dalam masyarakat Islam.

Katanya, politik tidak semestinya terhad kepada hal membabitkan parti semata-mata, sebaliknya merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat. - Berita Harian

Bookmark and Share

Terima RM4juta : Umno Kelantan sifatkan Pas sebagai keji


KOTA BHARU: Umno Kelantan mendesak kerajaan negeri mendedahkan sumber peruntukan RM4juta selama tiga tahun yang menurut satu laporan blog adalah bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas kekal memerintah Kelantan.


Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai keji, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Umno Kelantan kesal dengan Pas dan kerajaan negeri itu yang sanggup mengambil tindakan untuk memburuk-burukkan BN melalui pelbagai kaedah termasuk laman blog semata-mata untuk kekal berkuasa di Kelantan.

Beliau, yang juga Menteri Perdagangan Antabangsa dan Industri berkata, mempersoalkan moral kepimpinan PAS dalam usaha menjatuhkan BN itu dan mendesak kerajaan negeri supaya mendedahkan dari mana sumber kewangan RM4 juta itu kerana rakyat Kelantan berhak untuk mengetahuinya.

"Ini satu perbuatan yang keji. Pas perlu dedahkan dari mana sumber kewangan mereka sama ada mereka daripada hasil balak, atau hasil lain mahupun daripada sumbangan individu tertentu. Rakyat berhak tahu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan media bahawa penulis blog kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan Abdullah dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.

Syed Azidi juga mendakwa beliau membelanjakan wang itu bagi membiayai pelbagai aktiviti termasuk membeli aset, peralatan, pembayaran upah operatif dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf bgi mewujudkan persepsi buruk ke atas Abdullah dan memudahkan PAs kekal memerintah Kelantan.

Penulis blog itu turut mencabar pihak-pihak terbabit supaya menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu dan dari mana sumber peruntukan yang disalurkan kepadanya diperoleh.

Mustapa berkata pihaknya juga kesal dengan sikap kerajaan negeri yang sanggup menggunakan RM4 juta semata-mata untuk menaburkan fitnah tanpa bukti kepada BN sedangkan wang sebanyak itu dapat disalurkan kepada rakyat yang lebih memerlukan.

Sehubungan itu, beliau juga meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya membuat siasatan terhadap dakwaan laporan blog Kickdefella itu.

"Kita juga mendesak Pas dan kerajaan negeri supaya menghentikan perbuatan keji itu dengan menabur fitnah tanpa sebarang asas. Sebaliknya kerajaan negeri harus memberikan fokus untuk membangunkan negeri," katanya. - Berita Harian

Bookmark and Share

BN tunai janji kempen pilihan raya

Peruntukan RM3j untuk SRJK Cina Rasa bukti keikhlasan: PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam mengotakan janjinya yang dibuat ketika kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan menyerahkan peruntukan berjumlah RM3 juta kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Rasa.



Perdana Menteri berkata, Barisan Nasional (BN) ikhlas membantu rakyat dan tidak mahu ada pihak mempertikaikan janjinya serta berharap masyarakat Cina akan memberikan sokongan lebih banyak pada masa depan.


NAJIB menyampaikan replika cek kepada Ng Tek Koi di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut hadir Dr Chua, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan); Kamalanathan (belakang, dua dari kiri) dan Noh.


“Saya buat perjumpaan ini kerana saya nak tunaikan janji saya pada pilihan raya kecil (Hulu Selangor) dan saya pun nak menafikan ada desas-desus (mendakwa) oleh kerana orang Cina tak bagi sokongan sepenuhnya kepada BN jadi tak perlu kita beri peruntukan kepada mereka.

"Saya tidak mahu janji kita dipertikaikan (kerana) saya anggap ini tanda ikhlas kepada masyarakat Cina (dan) keikhlasan BN untuk terus mengharapkan kerjasama dengan masyarakat Cina walaupun pada hari ini dia tidak sepenuhnya mengundi kita, kita harap pada masa akan datang mereka akan memberi sokongan yang lebih banyak kepada BN," katanya pada majlis penyerahan cek di pejabatnya, di sini, semalam.

Najib menyerahkan cek berkenaan kepada Pengerusi Lembaga Pengurus sekolah berkenaan, Ng Tek Koi. 

Turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan; guru besar sekolah, Ng Kin Moi dan Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar. 


"Saya berjanji dalam perjumpaan, saya kata sekiranya BN menang, manakala hari Isnin saya akan lulus peruntukan untuk SRJKC Rasa, jadi pada Isnin saya beritahu ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) untuk sediakan cek dan dalam dua hari cek itu disediakan," katanya.

Pada Ahad lalu, Kamalanathan dari BN memenangi pilihan raya itu dengan majoriti 1,725 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

Pada pilihan raya kecil itu, BN dilaporkan hanya menerima sokongan 28 peratus daripada pengundi Cina berbanding 37 peratus pada 2008.

Peruntukan itu akan membolehkan sekolah berkenaan membina bangunan baru untuk menggantikan bangunan lama yang berusia 80 tahun yang kini menempatkan 330 pelajar.

"Saya dah buat satu pengakuan bahawa semua janji pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kita akan tunaikan, jadi itu adalah satu janji yang saya nak pegang sepenuhnya kerana saya dah beritahu pengundi Hulu Selangor dan seluruh negara bahawa BN sebuah parti yang mereka boleh diyakini, apa saja yang dijanjikan kita akan tunaikan dan kata kita akan kotakan," katanya.

Sementara itu, Dr Chua berkata, penyerahan cek itu membuktikan setiap peruntukan pembangunan bukan digunakan untuk mendapatkan undi dan kerajaan tidak menghukum pengundi yang tidak menyokongnya.

"Ini adalah tanggungjawab kerajaan, cuma pembangkang yang cuba eksploitasi menuduh kerajaan tidak peka dan memberi peruntukan kerana undi," katanya.  - Berita Harian


Bookmark and Share

Zaid akan fail petisyen cabar keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor

PETALING JAYA: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tewas pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim, akan memfailkan petisyen di mahkamah bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya kecil itu yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) sebagai tidah sah. 

Beliau mendakwa, keputusan itu dibuat selepas mendapati jentera dan kepemimpinan BN mengamalkan rasuah melalui pelbagai janji yang dibuat untuk meraih undi rakyat.



Beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil. - Berita Harian


Bookmark and Share

Wednesday, April 28, 2010

BN menang sementara

KUALA LUMPUR – Pas menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu sebagai ‘gembira dalam gelisah’ dan hanya bersifat sementara.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, hasil analisis parti itu mendapati empat faktor utama menjadi penyumbang kepada pertambahan undi kepada BN untuk merampas kerusi itu yang dikuasai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Katanya, sebahagian undi rosak pada PRU 2008 telah kembali memihak kepada BN pada pilihan raya kecil Hulu Selangor.

“Separuh sudah tidak rosak, daripada undi yang rosak (pada 2008) sebahagian pengundi memang kembali kepada BN atas tindakan-tindakan yang tertentu,” katanya pada sidang akhbar mengenai analisis awal Pas mengenai kemenangan BN pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Selain itu kata Mustafa, BN juga memperolehi 600 undi pos yang disifatkannya sebagai undi tetap kepada BN setiap kali dalam pilihan raya diadakan.

“Kita juga dapati lebih daripada 50 peratus pengundi di gugusan Felda menyokong BN kerana jentera mereka menumpu sepenuh perhatian terhadap kawasan tersebut.

Selain itu, trend dengan kaum India yang didapati kembali semula menyokong BN juga menjadi penyumbang kepada kemenangan calon mereka.

“Sebagai contohnya, ada di saluran undi di kawasan majoriti India, di mana BN mendapat 107 undi, manakala PKR hanya mendapat lapan undi sahaja,” katanya

Analisis Pas kata Mustafa juga mendapati kemenangan BN hanya bersifat sementara.

Menurut Mustafa, serangan peribadi terhadap Zaid dan perkara lompat parti oleh sebilangan kecil ahli PKR yang hebat diberitakan media juga sedikit pun tidak menjejaskan perhatian serta kepercayaan rakyat kepada kepimpinan PR malah semakin bertambah

“Walaupun BN menabur pelbagai janji dan habuan sekiranya memenangi PRK, tawaran itu tidak mempengaruhi undi rakyat.

“Rakyat sudah mempunyai kesedaran bahawa BN bukan lagi parti masa depan tetapi lebih percaya kepada komponen dalam PR malah PRK kali ini merupakan petanda bahawa BN perlu lebih berhati-hati pada PRU akan datang,” katanya. - Sinar Harian

Bookmark and Share

Tuesday, April 27, 2010

Krisis MCA jejas pengundi Cina - Soi Lek

KUALA LUMPUR 26 April - Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek hari ini mengakui krisis dalaman parti itu antara penyebab masih ramai pengundi Cina tidak memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam.

Menurut beliau, hanya 30 peratus pengundi Cina di Parlimen itu mengundi BN mungkin disebabkan oleh keyakinan mereka terhadap MCA belum pulih sepenuhnya.


Katanya lagi, perbezaan pendapat antara bekas Pengerusi MCA Hulu Selangor, Datuk Ch'ng Toh Eng dan penyandang sekarang, Wong Koon Mun sedikit sebanyak turut menjejaskan sokongan terhadap BN.

''Bahkan pertikaian itu juga menyebabkan ahli-ahli akar umbi MCA dan penduduk di Hulu Selangor turut memboikot parti.

''Ia merupakan satu isyarat, jika mereka (pemimpin MCA Hulu Selangor) tidak mengetepikan perbezaan antara mereka, maka MCA akan menjadi bakul sampah politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, BN memberikan isyarat awal kebangkitan semua parti itu di Selangor apabila menawan kembali Parlimen Hulu Selangor menerusi calonnya, P. Kamalanathan yang menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan walaupun menang, kebanyakan pengundi Cina tidak menyokong BN - sama seperti Pilihan Raya Umum 2008.

''Kita perlu melihat di mana silap kita. Saya akan berjumpa dengan parti-parti komponen untuk membincangkan perkara ini.

''Bagaimanapun kita gembira kerana pengundi India kembali menyokong BN. Begitu juga dengan pengundi Melayu,'' katanya.

Menurut Soi Lek, selain masalah dalaman MCA, sokongan kaum Cina yang lebih memihak kepada pakatan pembangkang di kawasan tersebut menunjukkan mereka tidak mempedulikan isu peribadi Zaid.

''Walaupun isu Zaid sebagai kaki botol diperbesarkan pada kempen di situ nampaknya ia tidak menjejaskan sokongan pengundi Cina kepada PKR,'' katanya.

Sehubungan itu, Soi Lek menegaskan, MCA perlu mengusahakan anjakan paradigma yang lebih menyeluruh bagi mendekati masyarakat Cina yang mementingkan isu lebih besar berkaitan negara.

''Selain kami perlu menyelesaikan masalah dalaman MCA Hulu Selangor, parti juga perlu merancang pelan yang lebih menyeluruh bagi mengembalikan keyakinan pengundi Cina.

''Kita perlu menilai diri dan melihat kembali keperluan semasa selepas 50 tahun merdeka,'' katanya. - Utusan

Bookmark and Share

Monday, April 26, 2010

Hari Pertama 'YB' Kamalanathan Sudah Turun Padang

HULU SELANGOR, 26 April (Bernama) -- Baru sehari bergelar "Yang Berhormat", P Kamalanathan sudahpun memulakan program turun padang pertamanya Isnin di Felda Sungai Buaya dekat sini, bagi mengetahui masalah yang dihadapi warga peneroka tanah rancangan itu.

Selain menerima ucapan tahniah kerana memenangi kerusi kawasan Parlimen Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil itu semalam, Kamalanathan,44, turut meluangkan masa mendengar segala permasalahan yang dikemukakan.

AHLI Parlimen Hulu Selangor yang baru, P. Kamalanathan turun padang untuk bertemu para penduduk kampung, kurang 24 jam selepas diumumkan pemenang pilihan raya kecil Parlimen itu, di Kampung Sungai Buaya, Hulu Selangor, 26 April.

"Program turun padang ini dibuat sebagai tanda rasa syukur dan terima kasih terhadap pengundi di kawasan Felda yang memberikan sokongan tidak berbelah kepada saya dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor," katanya dalam ucapan sulungnya selepas dipilih sebagai wakil rakyat pada majlis penyampaian pembayaran tanah Felda Sungai Buaya kepada bekas-bekas penerokanya di sini.

Katanya beliau akan menjadikan kampung dan Bandar Baru Sungai Buaya sebagai kawasan angkat beliau sebagai tanda syukur dan terima kasih atas sokongan diberikan penduduk di situ terhadap BN dalam pilihan raya kecil berkenaan.

BN merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya, Kamalanathan yang memperoleh 24,997 undi menewaskan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim daripada PKR yang memperoleh 23,272 undi dengan majoriti 1,725 undi pada pilihan raya kecil itu.

Sejumlah 731 undi rosak pada pilihan raya kecil yang menyaksikan sejumlah 48,935 pengundi atau 75.87 peratus pemilih keluar mengundi pada Ahad. Kawasan Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi.

Selain Felda Sungai Buaya, pengundi di Felda Sungai Tengi, Soeharto, Gedangsa dan Sungai Tengi Selatan di kawasan Parlimen Hulu Selangor turut menyatakan sokongan dalam bentuk undi terhadap BN dalam pilihan raya kecil itu.

Kamalanathan juga berkata majoriti 1,725 yang diraihnya dalam pilihan raya kecil adalah satu nombor unik baginya serta mudah diingati kerana angka "17" melambangkan hari pencalonan manakala "25" pula melambangkan hari pengundian.

Beliau juga berkata beliau akan menunaikan segala janji yang dibuat pada kempen pilihan raya kecil itu dan berhasrat bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor dalam memajukan pelan pembangunan yang dirancang untuk penduduk Hulu Selangor. -- BERNAMA

Bookmark and Share

Kemenangan di Hulu Selangor bukti peralihan sokongan rakyat

HULU SELANGOR 25 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini sebagai satu peralihan besar sokongan rakyat kepada BN.

Pengerusi BN itu berkata, kemenangan itu membawa erti yang amat besar kepada BN kerana bertanding di negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan calon Barisan Nasional, P. Kamalanatahan selepas diumumkan sebagai pemenang pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor di pusat penjumlahan undi.

"Kemenangan calon BN, Kamalanathan membawa erti yang amat besar kerana kalau kita lihat keputusan pada tahun 2008 dan keputusan pada hari ini sudah berlaku peralihan sokongan pada BN yang menghampiri 2,000 undi.

"Ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan rasmi pilihan raya kecil kawasan itu di Dewan Serba Guna, Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Baharu di sini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Utusan

Bookmark and Share

Sunday, April 25, 2010

BN MENANG : Kamalanathan Menang Dengan Majoriti 1,725 Undi

HULU SELANGOR, 25 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya, P. Kamalanathan menewaskan peguam terkenal dan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi dalam pilihan raya kecil paling sengit sejak pilihan raya umum 2008.

Ketua Penerangan MIC yang juga seorang pegawai perhubungan awam itu memperoleh 24,997 undi menewaskan Zaid, yang dipecat daripada Umno pada Disember 2008 kerana menghadiri perhimpunan parti pembangkang.

Bekas Anggota Parlimen Kota Baharu yang kemudiannya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menerima 23,272 undi.

Sejumlah 731 undi rosak pada pilihan raya kecil yang menyaksikan sejumlah 48,935 pengundi atau 75.87 peratus pemilih keluar mengundi pada Ahad. Kawasan Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi.

Pada pilihan raya umum 2008 yang merupakan "tsunami politik" bagi BN, Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel, yang juga merupakan Anggota Parlimen kawasan itu selama empat penggal, gagal mempertahankan kerusi apabila tewas dengan majoriti 198 undi kepada Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR. Dr Zainal Abidin meninggal dunia pada 25 Mac.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN bersama-sama pemimpin parti komponen BN berada di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah di Kuala Kubu Bharu untuk meraikan kejayaan BN bersama-sama ribuan penyokong BN.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M. Kayveas dan para pemimpin parti.

Sejak pilihan raya umum 2008, sebanyak 10 pilihan raya kecil diadakan, dengan BN memenangi tiga daripadanya, termasuk kemenangan kerusi Parlimen Hulu Selangor malam ini yang sangat penting bagi mendapatkan kembali keyakinan dan sokongan rakyat.

Ia merupakan kemenangan bermakna bagi BN, terutamanya kepada Najib yang semasa berkempen menyatakan bahawa pilihan raya kecil itu bukan sahaja untuk memilih seorang Anggota Parlimen tetapi merupakan pungutan suara bagi hala tuju baru negara.

Najib sendiri turut turun berkempen sebaik sahaja kembali ke tanah air selepas melakukan lawatan luar negara, pergi ke kampung-kampung, bandar, kawasan rancangan Felda, bersama timbalannya Muhyidin yang saban hari berada di Hulu Selangor sejak penamaan calon pada 17 April.

Bulan depan, satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan, iaitu kerusi Parlimen Sibu, ekoran kematian penyandangnya Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Ia bukanlah satu laluan mudah bagi BN kerana pada awalnya terpaksa menempuh keadaan sukar memilih calon apabila MIC bertegas mencadangkan Palanivel menjadi calon BN manakala pucuk pimpinan BN mahukan muka baru seperti yang dikehendaki peringkat akar umbi.

Akhirnya, mereka bersetuju dengan pemilihan Kamalanathan atas dasar kompromi.

BN juga berhadapan dengan pakatan PKR-DAP-PAS yang diketuai Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat sambutan dan menarik minat orang ramai namun ia tidak berupaya mengatasi parti pemerintah yang berusaha menyelesaikan banyak masalah rakyat setempat, termasuk isu-isu kebajikan dan kehendak pengundi. -- BERNAMA

Bookmark and Share

Saturday, April 24, 2010

Lebih baik jumpa rakyat dari debat dengan Anwar - PM

Najib berkata, beliau tidak mengambil kisah mengenai cabaran tersebut kerana apa yang perlu diutamakan ketika ini adalah memberi masa depan yang terjamin untuk rakyat.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerap batu-bata bagi pembinaan rumah seorang warga emas semasa bertemu dengan masyarakat Cina di Kampung Baru Cina, di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, 24 April.

"Mana ada dalam perancangan nak berdebat dengan Anwar Ibrahim di Kuala Kubu Baru. Tak ada. Saya lebih suka kalau dapat jumpa dengan anda kerana lebih banyak faedah yang diperolehi daripada berjumpa dengannya.

"Oleh itu kita jangan ambil kisah apa yang dilakukan pembangkang kerana mereka lebih mementingkan politik daripada memperjuangkan agenda rakyat," katanya ketika berucap pada majlis kenduri rakyat di Kampung Melayu Rasa di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Anggota Dewan Undangan Negri (ADUN) Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim.

Beberapa kain rentang dipasang di sekitar pekan Kuala Kubu Baru (KKB) yang mendakwa Perdana Menteri akan menyertai debat perdana dengan Anwar di stadium mini KKB pukul 9 malam ini.

Najib berkata, perdebatan seperti itu jelas tidak akan menguntungkan mana-mana pihak malah rakyat juga tidak seharusnya dilibatkan dalam permainan serta helah politik pembangkang yang tiada kesudahan.

"Tidak ada gunanya saya menyertai debat yang tidak bertujuan dan belum pasti apa faedahnya. Kita ada gagasan, kita ada dasar, kita ada kemahuan yang telah pun dibuat. Saya akan teruskan pembaharuan ini,"katanya. -- BERNAMA

Bookmark and Share

UNDI BN : Bukti transformasi minda rakyat


Esok adalah hari penentu bagi Pengundi khususnya rakyat di Hulu Selangor untuk memilih Wakil mereka di Parlimen sekaligus wakil untuk pembangunan kawasan setempat.

Ilmu khusus kepada setiap pengundi, mungkin tidak ada. Namun sebagai pengundi, kita harus tahu wakil yang mana yang mampu membawa perubahan atau perubahan kepada kawasan kita.

Perkiraan ilmunya amat mudah. Bagi memastikan perubahan dan kemajuan terus sampai ke kawasan kita, wakil yang bakal kita pilih mestilah dari Parti yang mendapat mandat di Peringkat Pusat iaitu Barisan Nasional.

Inilah synchronisasi yang terbaik kerana pastilah akan ada hubungan baik antara Hulu selangor dan Kerajaan Pusat.

Hikmah berlakunya pilihanraya kecil ini memang tidak dinafikan. PRK ini telah menarik perhatian semua pemimpin untuk melihat Hulu Selangor secara dekat. Peluang inilah yang disebutkan 'hikmah'.

Rakyat dapat mendekati pemimpin dari sekecil-kecil pemimpin sehinggalah kepada mereka yang bertaraf Menteri hatta Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri pun dapat kita dekati dan menceritakan masalah.

Esok, jadilah kita sebagai pengundi yang rasional dan letakkan pilihan kita berasaskan akal yang waras.


Janganlah kita terlalu bersentimen dan perkauman. BN telah buktikan kepada Malaysia, walaupun seorang yang dari MIC yang mewakili kita, suara dan masalah kita tetap diambilkira dan pasti akan diselesaikan sebaiknya tanpa memilih 'bulu'.

Ketulusan BN melalui UMNO yang mengiktiraf rakyat sebagai juara mesti dibuktikan di Hulu Selangor. Juara yang menentukan wakil yang terbaik bagi pembangunan Parlimen Hulu Selangor.

PKR terlalu yakin

Kesilapan Anwar kali ini adalah kerana memperkecilkan kemampuan pengundi di Hulu Selangor. Anwar begitu yakin yang Calon pilihannya, Zaid Ibrahim mampu untuk menang.

PRU-12 adalah medan percubaan Anwar untuk 'mempersendakan' kemampuan rakyat untuk membuat penialaian pemimpin.

Sebab itu, pada PRU-12 yang lalu, Anwar boleh meletakkan siapa saja termasuk 'videoboy' (Ahli Parlimen Kelana Jaya), Elizabeth Wong (seorang ahli NGO yang punya masalah moral) termasuk beberapa orang lagi yang sememangnya boleh dipertikaikan latarbelakang mereka.


Zaid Ibrahim, Calon PKR di hulu Selangor adalah seorang yng telah 'direject' dari UMNO. Masalah moral yang melibatkan Zaid terlalu banyak dan terlalu hina di sisi Islam.

Bukan BN yang sengaja memainkan isu judi dan arak yang sememangnya menjadi minat Zaid. Tetapi arak dan judi memang sesuatu yang sensitif dan tidak dapat dimaafkan oleh pengundi-pengundi Islam.

Jika zaid bukan di kalangan Umat Muhammad S.A.W, ianya bukanlah menjadi isu kerana agama lain tidak melarang keras berjudi dan meminum arak.

Namun kerana lafaz syahadah kita sama, Zaid terlalu 'hina' untuk kita angkat menjadi Wakil kita.

Provokasi dan propaganda PKR untuk sengaja mengajak rakyat membenci kerajaan telah sampai ke kemuncak apabila mereka secara sengaja memaparkan poster-poster besar wajah mendiang teoh Beng Hock.

Rakyat terutama yang dari kolongan pengundi Melayu, tidak dapat menerima ini. Mana mungkin hal yang melibatkan orang yang dah meninggal dibangkitkan lagi.

Jika ianya melibatkan perundangan, biarlah mahkamah yang menentukan. Biarlah mendiang 'aman' di alam sana.

Jelaslah kepada kita bahawa PKR terlalu terdesak dan ketandusan isu. Tiada pembangunan (fakta) yang dapat diceritakan kepada rakyat. Hanya yang ada, cerita propaganda dan andaian (kalau).

Sebagai rakyat, buatlah pilihan yang bijak, buat pilihan dengan rasional dan jangan bersentimen dan emosi.

Kita mesti tolak politik pecah belah dan kemunkaran yang membawa kehancuran kepada rakyat sendiri.

Undi BN untuk pastikan kita didahulukan dan pencapaian Hulu Selangor diutamakan.

Bookmark and Share

Anwar diktator : 100 ahli PKR keluar parti sertai UMNO

KLANG 23 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tamparan hebat apabila hampir 100 pemimpin serta ahli cawangan parti itu di Batu 4 Kapar, di sini mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO. 

Mereka diketuai Ketua Cawangannya, Mohd. Shahbuddin Hasbullah yang mengumumkan keputusan tersebut, sekali gus membubarkan PKR cawangan berkenaan.


Pengumuman itu memberikan tekanan bertali-arus terhadap PKR yang berhadapan dengan krisis kepercayaan terhadap parti itu dan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut, Mohd. Shahbuddin, keputusan untuk meninggalkan PKR serta membubarkan cawangan parti itu di Batu 4, Kapar dibuat berikutan rasa kesal dengan kepimpinan Anwar yang sanggup menggadaikan kepentingan negara dan ahli partinya sendiri.

"Beliau (Anwar) bersikap seperti diktator dan PKR kini berada dalam keadaan kucar-kacir. Saya ada baca banyak berita dari surat khabar, dari pelbagai sumber dan nampak bahawa beliau ada niat tidak baik.

"PKR juga tidak mempunyai perjuangan yang jelas kecuali memburuk-burukkan negara, mencaci serta memfitnah orang lain termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Najib kalau kita lihat menjelajah ke serata negara untuk menaikkan ekonomi negara, bukannya menjelajah ke seluruh benua untuk memburukkan, menghina negara," katanya kepada pemberita sempena pengisytiharan keluar daripada PKR di Sementa, di sini, malam tadi.

Majlis itu turut disusuli dengan penyerahan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil.

Tambah Shahbuddin, keputusan beliau serta ahli untuk meninggalkan PKR bukan kerana membenci mana-mana individu dalam parti itu atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Sebaliknya, tindakan itu dibuat kerana beliau serta seluruh ahli PKR cawangan itu tidak lagi percaya dan yakin dengan ideologi politik parti pembangkang itu yang banyak mencetuskan huru-hara di kalangan masyarakat di negara ini selain tidak melaksanakan janji-janji yang dibuat kepada rakyat sehingga ke hari ini. - Utusan

Bookmark and Share

Friday, April 23, 2010

Ramalan Kata 50-50 Tapi Kit Siang Akui Sukar Bagi PKR Di Hulu Selangor


Oleh Alan Ting dan S. Retnanathan

HULU SELANGOR, 23 April (Bernama) -- Menjelang pengundian Ahad ini dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, tokoh DAP Lim Kit Siang mengakui calon Parti Keadilan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim menghadapi laluan yang sukar berbanding lawannya P.Kamalanathan daripada Barisan Nasional.

Walaupun terdapat ramalan peluang kedua-dua calon itu adalah 50-50, Lim berkata Zaid sedang mengekori Kamalanathan disebabkan sokongan pengundi Melayu dan kaum India kepada calon BN itu.

"BN ada kelebihan hasil daripada kempen intensifnya tetapi saya yakin kita dapat mengubah keadaan jika kita menggadakan lagi usaha di saat-saat akhir ini," katanya.

Pemerhati berkata satu daripada faktor yang membantu BN ialah kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari lepas untuk menyuntik semangat jentera BN selain menangkis semua dakwaan pembangkang terhadap beliau dan kerajaan.

Hari ini, beliau sekali lagi berada di Hulu Selangor, kali ini mengunjungi kawasan Felda di Sungai Buaya dan sebuah kampung baru Cina di Hulu Yam.

Di Sungai Buaya, Najib menyerahkan RM50,000 kepada setiap daripada 100 bekas peneroka skim Felda di situ sebagai pendahuluan kepada pampasan bagi tanah yang diambil daripada mereka.

Perdana Menteri juga telah menyelesaikan beberapa isu melibatkan penduduk Hulu Selangor seperti hak milik tanah selain meluluskan beberapa projek infrastruktur.

Minggu lepas, Kementerian Kerja Raya mengumumkan pembinaan persimpangan bertingkat yang akan memberi manfaat kepada 100,000 pengguna di kawasan Sungai Buaya, Sungai Choh, Serendah dan utara Rawang. Projek itu dijangka bermula awal tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berada di Hulu Selangor sejak hari penamaan calon Sabtu lepas.

Kempen BN diperkuatkan lagi dengan kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Serendah pada Khamis.

"Dengan kehadiran Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri, BN nampak bersungguh-sungguh berusaha untuk menang. Inilah yang membuatkan kami terpaksa berikhtiar untuk mengurangkan jurang. Jika tidak, keadaan akan menjadi amat sukar bagi kami," kata Lim.

Satu lagi faktor yang meletakkan PKR dalam keadaan bertahan ialah pendedahan menerusi blog mengenai tabiat Zaid meminum arak dan mengenai kuda lumba yang dimilikinya.

PAS pula mempertahankan Zaid dengan berkata bahawa itu adalah isu lama dan Zaid kini sudah berubah.


Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berada di sini sejak seminggu lepas.

Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu pula mengambil sikap berhati-hati dalam memberi penilaian terhadap peluang Kamalanathan dengan berkata bahawa walaupun harapan untuk menang adalah cerah tetapi BN tidak boleh terlalu yakin.

"Minggu lepas, apabila saya hadiri perhimpunan, orang ramai duduk jauh-jauh. Tapi pada Isnin lepas, mereka duduk semakin dekat dan sekarang mereka berada di sisi kita. Ini petanda baik," katanya kepada Bernama.

MIC menjangkakan pengundi kaum India akan kembali menyokong BN kali ini setelah mereka menyebelahi pembangkang pada pilihan raya umum yang lepas pada 2008.

"Sebelum ini, sokongan mereka ialah 70 peratus kepada pembangkang dan 30 peratus kepada BN tetapi sekarang keadaan sudah terbalik. Namun, kita tidak boleh terima gambaran ini pada permukaan saja dan kita harus berusaha keras sehingga hari pengundian," kata Samy Vellu.

Kewujudan parti Makkal Sakthi yang ditubuhkan oleh mereka yang menyokong pembangkang pada 2008 tetapi kini mengalih kepada BN, juga menarik ramai pengundi kaum India kepada parti pemerintah.

Pemerhati berkata walaupun persaingan dilihat sengit, calon yang menang nanti mungkin meraih majoriti sekitar 2,000 undi. -- BERNAMA

Bookmark and Share

Najib Mahu Hulu Selangor Sertai Arus Transformasi Negara Dengan Memilih Calon BN

HULU SELANGOR, 23 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu penduduk di Hulu Selangor membuat perubahan pada 25 April ini bagi menyertai arus utama perubahan dan transformasi yang melanda negara ketika ini.

Beliau berkata Selangor merupakan sebuah negeri yang penting dan mahu perubahan pertama di Selangor dilakukan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini dengan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

"Saya mahu penduduk Hulu Selangor membuat perubahan besar 25 April ini. Saya mahu negara kita maju. Saya mahu masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain bekerja sebagai 1Malaysia. Kita akan bekerja sebagai 1Malaysia untuk teruskan transformasi Malaysia," katanya dalam ucapan ringkas ketika bertemu dengan penduduk di Hulu Yam Barat di sini.

Najib mengadakan pertemuan dengan penduduk Hulu Yam di restoran Weng Heng yang terletak di persimpangan utama pekan Hulu Yam Lama.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan antara calon Barisan Nasional P. Kamalanathan dan Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat.

Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad daripada PKR pada 25 Mac akibat barah otak.

Perdana Menteri berkata beliau mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu padu, harmoni dan maju.

"Kita tidak mahu negara yang biasa, baik tidak undur pun tidak. KIta mahu menunjukkan bahawa Malaysia sebuah negara yang hebat," katanya.

Beliau berkata negara maju seperti Amerika Syarikat telah mengakui Malaysia merupakan sebuah negara yang stabil dan mempunyai potensi yang besar untuk bangkit dan berjaya.

Sebelum mengakhiri ucapannya di perjumpaan ringkas itu, Najib turut mengumumkan peruntukan RM90,000 untuk pembinaan jalan dan longkang ke tanah perkuburan baru Kwang Tung di Hulu Yam Lama (sekarang dikenali sebagai Hulu Yam Barat). -- BERNAMA

Bookmark and Share

Khutbah Berbaur Politik: Hassan Ali Hina Sultan

HULU SELANGOR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyampaikan khutbah berbaur politik di sebuah masjid di Bukit Sentosa hari ini sebagai menderhaka kepada titah Sultan.

Ahmad Zahid berkata, Hasan sepatutnya bijak membuat pertimbangan dan tidak mengambil kesempatan semasa kempen pilihan raya yang sedang berlangsung untuk menyampaikan mesej perjuangan sehingga sanggup mengetepikan perintah Sultan.

"Dr Hassan Ali adalah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama. Beliau sepatutnya mematuhi apa yang dititahkan oleh tuanku Sultan. Bukan menyanggah apa yang dititahkan.

"Sultan adalah ketua agama dan titah baginda harus dipatuhi. Tuanku dah titahkan bahawa masjid jangan digunakan sebagai tempat untuk berpolitik. Ini maknanya dia derhaka pada tuanku Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah)," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan pelancaran Kad Pintar PLKN di Kem PLK NPelangi Hill Resort di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri itu yang didakwa menyampaikan khutbah berunsur politik sehingga terlupa membaca selawat nabi ketika menjadi khatib di masjid itu.

Ahmad Zahid berkata, kejadian terlupa membaca selawat nabi yang juga merupakan rukun khutbah perlu dijadikan iktibar kerana ia mungkin berlaku akibat keangkuhan mereka untuk terus berkuasa.

"Hari ini dalam bacaan khutbah oleh Hassan Ali, rukun khutbah pun tak dibacanya. Selawat pun tak baca. Khutbah itu tidak sah.

"Apa ni...sebabnya kerana Tuhan menguji kerana dia riak dan angkuh. Jadi tuhan alpakan, itulah jadinya," katanya.

Beliau berkata, sudahlah perbuatan itu dikira menderhaka, jemaah masjid itu juga terpaksa menanggung akibat kerana sembahyang mereka dikira tidak sah.

Katanya disebabkan kealpaan tersebut, ramai daripada jemaah terpaksa menggantikannya dengan bersolat Zohor.

Sultan Sharafuddin dalam titah baginda pada Oktober tahun lepas mengingatkan pegawai masjid dan jawatankuasa kariah masjid di negeri Selangor supaya memastikan rumat ibadat itu tidak digunakan sebagai gelanggang politik yang boleh memecahbelahkan perpaduan ummah.

Hari ini baginda mengulangi titah supaya masjid dan surau di Selangor tidak dijadikan gelanggang untuk berpolitik dan tempat untuk mengadakan demonstrasi negatif.

Mengenai dakwaan pembangkang kedatangan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi berkempen di Hulu Selangor bakal merubah fikiran rakyat, khususnya orang Melayu untuk mengundi mereka, Ahmad Zahid berkata beliau tidak fikir kedatangan Mursyidul Am PAS itu berupaya mengubah keadaan sehingga sebegitu rupa.

"Nik Aziz tu siapa, malaikat ka. Dia datang saja boleh mengubah (fikiran) orang. Saya tak fikir begitu. Dia mana boleh mengubah pemikiran orang, tak adalah. Jangan percaya kata dia. Dia bukan malaikat," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi agar tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang kerana apa yang lebih utama adalah mereka perlu memikirkan pembangunan yang akan diberikan sekiranya mengundi Barisan Nasional (BN).

Menurut kaji selidik terbaru yang dikeluarkan oleh Ilham Centre, kajian mendapati pengundi Melayu berpendapat BN akan memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Ahad ini. - mstar online

Bookmark and Share

Pas akui slogan, logo Pas For All hampir sama Israel 4 All

KUALA LUMPUR 22 April - Pas mengakui slogan dan logo Pas For All yang diperkenalkan pada 2007 sebagai platform politik kepada semua rakyat Malaysia hampir menyamai slogan dan lambang Israel 4 All.

Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar berkata, bagaimanapun, ia tidak diciplak daripada slogan dan logo yang diperkenalkan Israel bagi sektor pelancongannya.

"Hampir sama tapi tak sama. Kita tidak ciplak. Israel 4 All itu adalah usaha meningkatkan sektor pelancongan negara itu.

"Sementara Pas For All pula adalah untuk parti politik," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pada sidang Dewan Rakyat hari ini berhubung slogan parti itu yang dikatakan ada kaitan dengan slogan yang diperkenalkan Israel sebelum ini.

Perkara itu dibangkitkan ketika perbahasan usul bagi merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan firma perunding asing, Apco Worldwide dan One Israel.

Mahfuz turut menafikan pimpinan Pas mengetahui wujudnya slogan Israel 4 All yang hampir menyamai slogan yang diperkenalkan Pas sebelum ini.

Logo Pas For All dilancarkan pada 11 September 2007 sempena tarikh serangan ke atas World Trade Center (WTC), New York.

Ia bertujuan mendekati golongan bukan Islam melalui gerakan dakwah dengan mengikis perasaan fobia terhadap Islam di kalangan mereka.

Selain itu, ia juga dicetuskan dan diusahakan oleh Lujnah Perpaduan Nasional (LPN) Pas yang dipengerusikan oleh Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

Logo ini mempunyai bendera Pas dan Malaysia serta tulisan Pas For All dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil. - Utusan

Bookmark and Share

Sokongan Kepada BN Semakin Meningkat, Kata Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sambut oleh sebahagian penduduk Taman Bukit Teratai, semasa menghadiri Program bersama rakyat, di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Choh, di sini hari ini.

HULU SELANGOR, 22 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sokongan terhadap Barisan Nasional pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini semakin meningkat.

"Saya dah lama di Hulu Selangor. Dapat lihat makin ramai yang sokong BN. Malam ini hadir lebih 500 orang, " katanya ketika berucap di Rumah Umno Johor di Batang Kali Khamis malam.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata beliau yakin dalam hari-hari terakhir mengundi ini akan keluar banyak cerita tidak baik dan meminta para pengundi supaya sedar mereka berada di landasan yang betul.

"Yang penting pilih calon yang mewakili parti yang ada hala tuju yang jelas," kata beliau.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan calon BN P. Kamalanathan ditentang Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat.

Menurut Muhyiddin, selepas 16 September 2008, BN semakin kukuh manakala PKR pula yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin meretak.

"PKR umpama bangunan lama yang semakin meretak. Saya fikir tidak lama lagi Anwar akan terkontang keseorangan," tambahnya.

Anwar telah menguarkan-uarkan bahawa beliau akan membentuk kerajaan persekutuan yang baru sebagaimana dijanjikan 16 September 2008, tetapi tidak menjadi kenyataan. -- BERNAMA

Bookmark and Share

Tun Mahathir Minta Pengundi Hulu Selangor Pilih BN

HULU SELANGOR, 22 April (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor yang akan mengundi Ahad ini, supaya memilih calon Barisan Nasional (BN).

Mantan perdana menteri itu berkata ini adalah kerana terbukti BN mampu membawa pembangunan dan perubahan ke kawasan mereka dan seterusnya memantapkan lagi taraf hidup rakyat di sini.

"Negara kita aman dan tenang, walaupun kita telah mencapai banyak kemajuan di kawasan bandar, banyak lagi yang perlu dilakukan di kawasan luar bandar, " katanya ketika berceramah untuk pilihan raya tersebut di Serendah.

Beliau berkata negara telah mencapai kemajuan kerana pemerintahan BN, kerana pemimpin perikatan tersebut bekerja untuk kemajuan negara dan bukan untuk kepentingan individu.

"Bila kita majukan negara semua mendapat faedah dan ini terbukti hanya boleh dilakukan oleh BN," katanya.

Bercakap mengenai calon Parti Keadilan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, beliau berkata bekas menteri itu boleh diibaratkan sebagai katak.

"Dulu dia dalam Umno jadi menteri, lepas itu dia melompat ke pembangkang. kaki belakang dia cukup kuat kerana sekarang dia dapat jadi calon pembangkang.

"Kita tak sepatutnya pilih atau percaya orang yang suka melompat macam ini. Nasihat saya jangan pilih orang macam itu.

"Nanti dia mabuk entah apa yang dibuatnya. Dia tak berjudi tapi ada kuda lumba. Saya pun ada kuda 30 ekor tapi bukan kuda lumba. Dia mengakui ada kuda lumba tapi dia kata dia tak berjudi, saya tak faham ni," kata Dr Mahathir.

Katanya calon BN P. Kamalanathan, yang turut hadir di ceramah tersebut pula merupakan calon yang bersih, fasih berbahasa Malaysia dan faham akan kehendak rakyat.

Bercakap di sidang media selepas ceramah tersebut yang dihadiri lebih 500 orang, Dr Mahathir berkata beliau tidak ingin orang tahu yang beliau akan berkempen di Hulu Selangor.

"Sebab itu bila orang tanya saya, saya cakap saya tak pergi berkempen, tetapi sebagai penyokong setia BN saya membuat keputusan untuk datang juga," katanya. -- BERNAMA

Bookmark and Share

PKR semakin parah : Ketua, Setiausaha Pemuda PKR Kelantan Keluar Parti

BEKAS Ketua Angkatan Muda Keadilan Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Mohamad (dua kiri) dan setiausahanya, Ezry Zainal Abidin (dua kanan) menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapha Mohamed di Bukit Beruntung, Hulu Selangor, 22 April.

HULU SELANGOR: Menjelang tiga hari sebelum proses pembuangan undi di Hulu Selangor dijalankan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus tercalar moralnya apabila semakin ramai ahli dan pemimpin meninggalkan parti itu.

Hari ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad dan Setiausahanya, Ezri Zainal Abidin masing-masing mengisyhtiharkan keluar parti serta merta dan menjadi ahli Umno.

"Kami hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR Pusat khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Selain itu kami sebagai anak Kelantan juga telah hilang kepercayaan kepada Menteri Besar Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) serta barisan kepimpinannya di Kelantan," katanya pada sidang akhbar di sini.

Mereka turut menyerahkan borang permohonankeanggotaan Umno kepada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk SeriMustapha Mohamed.

Selain mereka, dijangka empat orang lagi pemimpin dan ahli PKR Perlis akan mengumumkan pendirian yang sama petang ini. - mstar online


Bookmark and Share

Wednesday, April 21, 2010

Anwar terdesak rakan AS sedar beliau talam dua muka: Najib

BUKIT BERUNTUNG: Datuk Seri Najib Razak berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini terdesak apabila rakannya di Amerika Syarikat (AS) mula sedar beliau adalah pemimpin talam dua muka.

Perdana Menteri berkata, kenyataan Anwar berhubung isu Apco menyedarkan mereka yang Anwar tidak berpegang kepada prinsip sebaliknya hanya mengutamakan keuntungan politik.



"Dia (Anwar) ini suka perlekeh AS maka dia ditempelak balik sebab kawan-kawan dia lihat dia pemimpin talam dua muka. Kerana selama ini banyak pemimpin AS termasuk yang keturunan Yahudi menjadi kawan baik dia. "Tetapi sekarang ini dia bawa balik cerita Apco ada kaitan Yahudi. Jadi mereka kata, apa pulak nak jadikan ini isu, ini tidak benar sama sekali, maka dia (Anwar) dah rugi di AS.

"Kenapa? Boleh jadi nak sangat menang di Hulu Selangor. Kerana nak menang, dia cakap apa yang orang sini boleh terima untuk dapat keuntungan politik walaupun rugi di sana (AS).

"Ini jelas terbukti sekali lagi mainan politiknya. Bukan soal prinsip," katanya ketika berucap pada majlis makan malam di Pusat Gerakan Barisan Nasional (BN) di Bukit Sentosa sebentar tadi.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Naib-naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M Kayveas dan calon BN, P Kamalanathan. - Harian Metro

Ezam akan serah bukti kaitan Anwar dengan Yahudi

HULU SELANGOR 21 April - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Nor berkata, beliau telah mengumpulkan segala bukti mengenai dakwaan kaitan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin Yahudi.

Katanya, “dossier” (maklumat) itu akan diserahkan kepada anggota-anggota Parlimen esok.

"Anwar duduk di Foundation for the Future untuk kepentingan Israel dan Yahudi. Saya cabar Datuk Seri Anwar untuk jawab ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ezam berkata, beliau sanggup menjadi saksi di mahkamah atau mana-mana peringkat jawatankuasa Parlimen berhubung perkara itu. - Utusan

TPM ulangi Anwar pengkhianat

HULU SELANGOR 20 April – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi ketegasannya dengan melabelkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat negara.

Beliau berkata, label itu adalah satu fakta kerana rakyat sendiri dapat melihat bagaimana Anwar begitu rakus dan taksub untuk memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup berusaha menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah.

Katanya, selain sanggup memburukkan institusi-institusi yang telah wujud sejak negara mencapai kemerdekaan 52 tahun yang lalu, Anwar juga menjelajah dari benua ke benua untuk memburukkan negara sendiri tanpa rasa segan dan silu.

“Dia kata nak saman saya kerana label dia sebagai pengkhianat, saya tunggu juga tapi sampai sekarang pun tak dapat-dapat (saman).

“Saya tak takut dan sekali lagi saya mengulangi Anwar adalah seorang pengkhianat negara,” katanya semasa berceramah di Hulu Yam Bharu di sini malam ini.

Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Raja Zainal Abidin; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas; calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan dan bekas Bendahari PKR Cabang Hulu Selangor, Datuk Dr. Halili Rahmat.


Pada majlis itu juga, Dr. Halili turut menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri mengajak rakyat supaya menilai kenapa semakin ramai pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutamanya di kalangan pengasas parti itu dan rakan karib Anwar keluar daripada parti tersebut.



Katanya, kebanyakan daripada bekas pemimpin PKR telah dan mengakui bahawa mereka sebenarnya hanya dipergunakan bagi mencapai cita-cita politik Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Muhyiddin turut membidas Anwar kerana bijak mengambil peluang dengan mengheret rakyat ke dalam masalah peribadi yang dihadapi apabila bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan mendakwa diliwat oleh beliau.

Kata Muhyiddin pada mulanya, Anwar mendakwa dia dizalimi dan membuat satu dakwaan baru bahawa rakyat turut menjadi mangsa kezaliman kerajaan.

“Apakah benar kita menzalimi rakyat? Kalau betul kerajaan yang ada sekarang zalim pada rakyat tidak mungkin sejak 52 tahun yang lalu BN tetap dipilih oleh rakyat,” jelasnya.

Sementara itu, Dr. Halili dalam nada sebak menceritakan bagaimana bapanya tidak mengetahui tindakannya untuk keluar parti.

Kata beliau, bapanya, Rahmat Buyong, 87, hanya mengetahui tindakan itu melalui media dan menghubunginya.

‘‘Kebiasaannya saya yang menghubungi dia tetapi kali ini dia telefon saya dan memuji tindakan kembali kepada UMNO selepas 10 tahun berada dalam PKR,” katanya.

GEMPAR! ANWAR TIPU YUSOF QARDHAWI! ...Anwar kantoi lagi..!

Ini merupakan satu berita yang pasti menggemparkan!

Dari satu sumber di Mesir yang dipanjangkan kepada beberapa pihak di Malaysia, sumber itu mengatakan Ketua Ulama Sedunia, Dr. Yusof Al-Qaradhawi amat tersinggung dengan perbuatan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaitkan namanya sebagai ulama yang mengesahkan pemimpin itu tidak terlibat dalam perbuatan meliwat.

Menurutnya, ulama tersebut tidak pernah mengesahkan bahawa Anwar difitnah oleh Saiful Bukhari Azlan. Malah beliau sendiri tidak tahu siapa yang berkata benar, sama ada Anwar atau Saiful. Beliau hanya menjawab soalan yang ditanya dan soalan tersebut pula ternyata berniat mengelirukan ulama tersebut, kata sumber itu lagi.

Ujarnya, Dr. Yusof Al-Qaradhawi menjawab hanya berdasarkan soalan yang diberi iaitu:

''Bolehkah tolong jelaskan pertuduhan Anwar Ibrahim tanpa bukti dan saksi? Apakah pandangan syarak?''


Maka ulama tersebut menjawablah berdasarkan soalan yang ditanya. Sama seperti kita menjawab soalan Pengetahuan Agama Islam dalam peperiksaan SPM. Bentuk soalan diberi maka jawapannya mestilah berasaskan senario yang ada.

Bagaimana pula jawapan ulama tersebut jika soalannya berbunyi begini?

''Bolehkah tolong jelaskan pertuduhan Anwar Ibrahim berdasarkan bukti dan saksi yang ada. Apa pandangan syarak perbuatan meliwat?''

Saksi di sini ialah merujuk kepada manusia yang terlibat dalam kejadian itu, spesimen yang dijumpai dalam jubur Saiful (air mani tertuduh), peralatan yang terlibat dan sebagainya.

Saya pasti, Dr. Yusof Al-Qaradawi akan menjawab secara panjang lebar mengenai perbuatan terkutuk tersebut. Saya ada terbaca mengenai tulisan seseorang dalam sebuah blog yang mengatakan ulama tersebut bersetuju jika peliwat dihukum bunuh dengan cara mencampaknya dari bangunan tinggi.

Sama ada hukuman sebegini menurut hukum Islam atau tidak kawan tidak tahu. Yang kita tahu, hukuman untuk peliwat dan perogol adalah amat berat terutama jika sudah beristeri.

Maka, bolehkah kita percaya ulama ini menyokong Anwar seperti yang dijaja di seluruh negara sejak beberapa bulan lalu, andainya soalan yang ditanya oleh wartawan tersebut adalah bersifat umum. Ini adalah fitnah terhadap ulama tersebut.

Malah ulasan yang diberikan beliau hanyalah berkenaan isu zina dan pertuduhan melakukan zina bukannya liwat.

Di samping itu, di dalam CD yang diedarkan oleh PKR di Hulu Selangor juga jelas memaparkan yang ulama tersebut ada menyebut bahawa tuduhan zina tanpa bukti dan perlunya membawa 4 orang saksi bukannya merujuk langsung kepada kes liwat yang dihadapi Anwar.

Di dalam CD tersebut terdapat banyak kelemahan tentang dakwaan ulama tersebut menyokong Anwar.

Dr. Yusof Al-Qaradhawi tidak begitu mengenali sifat dan perangai Anwar. Beliau tentunya tidak tahu bahawa Anwar ini adalah seorang penipu, punyai sejarah meliwat orang dan mengamalkan rasuah.

Beliau juga tidak tahu bahawa Anwar ini pernah menari dengan perempuan, menganiaya orang dan mempunyai hubungan baik dengan pelampau Yahudi.Bak kata lain, Anwar adalah bekas banduan yang amat licik.

Jadi, beliau sebenarnya tertipu dengan permainan licik Anwar. Lebih pelik bagaimana beliau boleh percaya yang Anwar ini adalah seorang pendakwah dan orang baik. Adakah beliau bermaksud yang Saiful yang menjadi mangsa liwat Anwar adalah seorang insan yang jahat, penipu dan penentang ulama.

Dan sumber yang mendedahkan kisah ini menyebut bahawa Dr. Yusof Qaradhawi sebenarnya tertipu dengan mainan licik Anwar yang menggunakan anak lelaki beliau.

Anak Dr. Yusof Al-Qaradhawilah yang menjadi perantaraan sehingga terbitnya CD tersebut.

Maka, sekiranya pandangan ulama tersebut lahir daripada kelemahannya membaca tipu daya orang lain, bolehkah ia dianggap fatwa dan mesti diikuti oleh semua ulama dan badan agama Islam di seluruh dunia.

Ia tidak boleh dianggap fatwa tetapi sekadar pandangan peribadi beliau. Sebab itulah tiada ulama mahupun Majlis Fatwa Kebangsaan atau Negeri yang mengambil kira pandangan tersebut.

Itu belum diambil kira pendirian Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din yang sampai sekarang tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang Anwar difitnah. Khabarnya, beliau pernah berjumpa sendiri dengan Saiful dan bertanya sama ada benar dia pernah diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

Nampaknya, sampai sekarang Dr. Harun membisu.

Ini kerana Anwar diheret ke mahkamah kerana ada bukti dan ia bukan tuduhan jenayah berbentuk rekaan. Kalau inipun rakyat Hulu Selangor boleh tertipu, tak tahulah apa nak jadi. Maka bertambahlah koleksi kehebatan menipu Anwar.

Tuesday, April 20, 2010

Lagi Pemimpin PKR Keluar Parti

KETUA Penerangan Wanita PKR Perak, Soraya Sulaiman (kiri) dan Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir menunjukkan tanda bagus selepas mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO di Bilik Gerakan UMNO Cawangan Sungai Selisek, Hulu Selangor, 20 April.

HULU SELANGOR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus bergolak apabila dua pemimpin Wanita Perak mengisytiharkan keluar dari parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Penerangan Wanita PKR Perak, Soraya Sulaiman dan Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai, Roshanita Mohd. Basir turut mengumumkan menyertai Umno pada sidang media di di Rumah Wanita UMNO Perak, di Kampung Masjid Sungai Selisik di sini hari ini.

Mereka berkata, tindakan itu didorong oleh rasa tidak puas hati dengan kepincangan pentadbiran parti selain tidak dapat menerima kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menentukan hala tuju parti secara bersendirian.

Turut keluar parti ialah suami Roshanita, Saghazali Abdul Kadir. - mstar online

Saya Hanya Menyokong Pihak Yang Benar - Dr Halili

HULU SELANGOR, 19 April (Bernama) -- Bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat yang keluar parti itu hari ini, berkata beliau hanya menyokong pihak yang benar.

"Sebagai seorang yang waras fikirannya, mestilah saya menyokong pihak yang betul," katanya dalam majlis kenduri kesyukuran rakyat dan meraikan pengantin baru Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan isterinya Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid di Bandar Sungai Buaya di sini, malam Isnin.

Turut hadir Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.

Dr Halili berkata beliau tertarik dengan pemerintahan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Najib adalah seorang perdana menteri yang sangat baik, bagus dan boleh bawa Malaysia kepada kejayaan," katanya.

Beliau juga tidak berhasrat untuk berpolitik lagi kerana ingin menumpukan masa terhadap kerjayanya sebagai seorang doktor pakar saraf dan mengucapkan terima kasih kepada Umno yang menerima beliau sebagai anggota baru. -- BERNAMA

'Kelantan' menang US450,000, apa lagi alasan Nik Aziz???

Bukti Zaid memang seorang kaki judi,bukan saja beliau membuat pertaruhan,malah punyai kuda sendiri bernama "Kelantan"

1. Di laman web BloodHorse.com, Zaid Botol telah bertaruh sebanyak US7847.00 pada 28hb Januari 2009 untuk lumba kuda di New Zealand.

2. Zaid yang memiliki kuda lumba 'kelantan' telah memenangi satu perlumbaan dengan wang tunainya bernilai US450,000.00 pada 25hb Ogos 2006, kuda tersebut telah dibeli oleh Hj Zaid dengan harga NZ135,000.00 - untuk maklumat lanjut layari www.stephengrayracing.com


3. Kalau dilihat dalam Lot 1262, Hj Zaid telah membayar US11,000.00 untuk kuda lumba pada tahun 2009, untuk maklumat lanjut, sila layari www.stallions.com.au

Nik Aziz sudah pasti mengampunkan Zaid, nantikan fatwa Nik Aziz untuk menghalalkan cara demi mengangkat kaki judi seperti Zaid .


Munafik dan hipokrit seperti juak haprak pasti akan mengangkat Zaid sebagai orang orang suci setelah mendapat endorsement dari Nik Aziz.

Hanya yang jumud dan hati hitam akan terus terusan akan memberi sokongan dan bermain politik gampangan hanya kerana inginkan seorang peliwat tegar menjadi PM.



Penyokong PAS elok balik kampung lah,dari membuang masa di Hulu Selangor, hari ini dah ramai juak PAS sudah pulang memboikot Pilihanraya Hulu Selangor.